Telekung Solat Ni Tak Wajib?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kami akan kongsikan mengenai tajuk di atas iaitu betulkah para muslimah boleh solat jika telekung solat tidak digunakan? Jawapan saya adalah YA! Mengapa? Mari kami terangkan.

Pemakaian telekung adalah satu struktur budaya keagamaan yang dibentuk dalam komuniti masyarakat Islam di Nusantara. Ianya terbukti suatu yang amat baik jika dilihat dari aspek kesempurnaan ibadah. Para ulama Melayu dahulu amat teliti dalam memastikan kesempurnaan ibadah umat ketika itu. Pemilihan bentuk telekung yang longgar, lebar dan mudah disarung menjadikannya sesuai untuk semua generasi umur dan bentuk  badan.


Ini bersesuaian dengan arahan Allah SWT di dalam al-Quran yang menghendaki kita memakai pakaian yang baik ketika mendirikan solat. Di dalam surah al-A’raaf ayat 31 yang bermaksud :
“Hai anak Adam, pakailah perhiasanmu(pakaian) yang indah di setiap kali kamu ( memasuki ) masjid, makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih lebihan.”

Jadi, tiada istilah perlu memakai telekung solat bagi perempuan untuk solat. Ianya samalah seperti tidak wajib memakai tudung bagi wanita untuk menutup aurat.Pemakaian telekung itu bukanlah syarat sahnya solat seseorang wanita. Syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. 
Maknanya, tidak kisahla anda memakai jubah, baju kurung, blaus atau seluar sekalipun, solat itu tetap sah. Asalkan pakaian tersebut menutup aurat dengan sempurna iaitu tidak menampakkan bentuk badan, tidak menampakkan warna kulit, longgar dan sebagainya seperti yang digariskan syariat. Yang paling penting perlu diingat ialah aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Jika anda rasa was-was untuk mendirikan solat dengan pakaian yang dipakai pada ketika itu, ini bermakna anda masih belum menutup aurat dengan sempurna. Maka, perbaikilah cara pemakaian anda. Pakailah stokin dan jangan pakai tudung yang menampakkan leher atau dagu.
Sekiranya ilmu ini didapati berguna, sharelah..
Sekiranya ia memudaratkan, tegurlah kami secara berhemah.

Sekian, 

Ridhwan Othman
A.Manager Al-Waan Gallery

0 comments :

 

Keperluan Muslim Anda © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale , Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair