Telekung Solat Ni Tak Wajib?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kami akan kongsikan mengenai tajuk di atas iaitu betulkah para muslimah boleh solat jika telekung solat tidak digunakan? Jawapan saya adalah YA! Mengapa? Mari kami terangkan.

Pemakaian telekung adalah satu struktur budaya keagamaan yang dibentuk dalam komuniti masyarakat Islam di Nusantara. Ianya terbukti suatu yang amat baik jika dilihat dari aspek kesempurnaan ibadah. Para ulama Melayu dahulu amat teliti dalam memastikan kesempurnaan ibadah umat ketika itu. Pemilihan bentuk telekung yang longgar, lebar dan mudah disarung menjadikannya sesuai untuk semua generasi umur dan bentuk  badan.


Ini bersesuaian dengan arahan Allah SWT di dalam al-Quran yang menghendaki kita memakai pakaian yang baik ketika mendirikan solat. Di dalam surah al-A’raaf ayat 31 yang bermaksud :
“Hai anak Adam, pakailah perhiasanmu(pakaian) yang indah di setiap kali kamu ( memasuki ) masjid, makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih lebihan.”

Jadi, tiada istilah perlu memakai telekung solat bagi perempuan untuk solat. Ianya samalah seperti tidak wajib memakai tudung bagi wanita untuk menutup aurat.Pemakaian telekung itu bukanlah syarat sahnya solat seseorang wanita. Syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. 
Maknanya, tidak kisahla anda memakai jubah, baju kurung, blaus atau seluar sekalipun, solat itu tetap sah. Asalkan pakaian tersebut menutup aurat dengan sempurna iaitu tidak menampakkan bentuk badan, tidak menampakkan warna kulit, longgar dan sebagainya seperti yang digariskan syariat. Yang paling penting perlu diingat ialah aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Jika anda rasa was-was untuk mendirikan solat dengan pakaian yang dipakai pada ketika itu, ini bermakna anda masih belum menutup aurat dengan sempurna. Maka, perbaikilah cara pemakaian anda. Pakailah stokin dan jangan pakai tudung yang menampakkan leher atau dagu.
Sekiranya ilmu ini didapati berguna, sharelah..
Sekiranya ia memudaratkan, tegurlah kami secara berhemah.

Sekian, 

Ridhwan Othman
A.Manager Al-Waan Gallery

Kehebatan Kain Kapas Kepada Kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kami di Al-Waan Gallery banyak memperkenalkan telekung solat yang diperbuat daripada material KAPAS (Cotton). Ini kerana kain jenis ini lebih digemari namun banyak yang tidak tahu mengenai kelebihan kain kapas ini. Kepada rakan-rakan peminat dan bakal peminat kain kapas. Ada INFO yang belum ramai tahu dan kurang ingat mengenai kelebihan kain kapas, mari saya terangkan.

Bila ditanya kenapa seseorang yang suka kain kapas (cotton), kebanyakan daripada mereka menjawab perkara yang sama.
1) Rasa sejuk bila dipakai
2) Kainnya sedap dipakai
3) Ianya trend masa kini dan kami sukakannya.
3) Ianya amat selesa dipakai

Tetapi tahukah anda selain dari yang jawapan yang berada di atas ini, masih ada banyak lagi sebab lain yang membolehkan anda suka/jatuh cinta/mengidam/memendam rasa terhadap kain kapas. Mari Al-Waan Gallery nak share sikit apa yang kami tahu mengenai kain kapas ni.

1. Kain kapas adalah satu-satunya fabrik di dunia yang tahan kepada semua jenis cuaca.(winter/autumn/spring/summer/hujan panas sepanjang tahun/kemarau dll). Bezanya hanya anda pakai lebih tebal atau nipis ikut keadaan ketika itu.

2. Kain kapas merupakan sejenis material pembalut manusia (pakaian) yang hypoallergenic. Aapa maksudnya? Untuk rakan-rakan yang ada masalah kulit sensitif, senang dapat asma kerana habuk atau apa-apa jenis alahan kulit, kain kapas ni sungguh sesuai kerana secara semula jadi ia tidak menerima habuk, hama atau mana-mana bakteria jahat menjadi sekutunya di situ yang kemudian boleh menyakiti anda.

Sumber Kapas diperolehi

3. Ianya merupakan gentian yang paling kuat. Tahan suhu tinggi ketika proses penyahkuman dilakukan. Contohnya, kain kapas bila direndam dengan air menggelegak di hospital untuk mematikan kuman, keadaannya masih baik dan tidak mengecut atau meregang.

4. Kain yang berongga dan mempunyai kitaran pernafasan yang baik.

5. Paling sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. Kulit bayi dan kanak-kanak adalah sensitif, lembut dan memerlukan perlindungan yang terbaik. Selain dari meletakkan losyen,bedak, krim sapu dan lain-lain, baju yang diperbuat dari kain cotton adalah yang terbaik untuk mereka.

6. Pilihan terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah bau badan dan peluh yang sentiasa bercucuran. Kain kapas mempunyai agent penyerap body odour secara semulajadi dan penyerap peluh dan air yang hebat! Contohnya, kain buruk di rumah kita bolehlah menggunakan baju terpakai dari kain jenis kapas.

7. Merupakan fabrik terbaik untuk orang sakit, orang tua, dan orang selepas pembedahan kerana kain kapas adalah penebat elektrostatik. Justeru itu, ia melindungi dari organ dalaman seperti jantung, paru-paru, perut dll dari dihentam oleh elektrostatik yang akan mengakibatkan pelbagai kesan sampingan kecil atau besar.

8. Kepada umat Islam, kain kapas adalah kesukaan baginda Rasulullah S.A.W. Terdapat hadis dari Anas yang meriwatkan sabda nabi ini.

Oleh itu, kebanyakan daripada telekung-telekung yang kami jual adalah daripada kain kapas (cotton) kerana ianya mempunyai banyak kelebihan. Kami sentiasa ingin memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami.

Sekiranya ilmu ini didapati berguna, sharelah..
Sekiranya ia memudaratkan, tegurlah kami secara berhemah.

Sekian, 

Ridhwan Othman
A.Manager Al-Waan Gallery

 

Keperluan Muslim Anda © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale , Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair